INTIPATI UTAMA

  • Tongkat ali boleh bantu kesuburan lelaki, tenaga, dan kurangkan stres.
  • Kacip fatimah baik untuk wanita selepas bersalin dan kesihatan hormon.
  • Perempuan boleh minum tongkat ali, tetapi lelaki elak kacip fatimah.
  • Ambil kedua-dua herba ikut dos yang disyorkan dan berhati-hati jika ada penyakit.

 

Fertility concept

Kalau sebut tentang khasiat tongkat ali dan kacip fatimah, hampir semua orang Malaysia tahu. Ia dijual dalam bentuk kapsul, teh, kopi, jamu, malah sampai jadi bahan iklan di jalan raya. Kononnya tongkat ali boleh buat lelaki lebih bertenaga di ranjang, manakala kacip fatimah pula mampu menjadikan wanita lebih “tightening” selepas bersalin. Tapi persoalannya, adakah semua dakwaan ini benar atau sekadar mitos yang diwarisi turun-temurun?

Jawapannya tidak semudah ya atau tidak. Walaupun khasiat tongkat ali dan kacip fatimah fungsi banyak diperkatakan, kajian saintifik masih terhad. Ada yang menyokong manfaatnya, ada juga yang meragukan.

Apa Itu Tongkat Ali?

Tongkat Ali

Tongkat ali atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia. Ia juga dikenali dengan nama lain seperti Long Jack, Malaysian ginseng, dan Ali’s Umbrella.

Akar, kulit kayu, dan buahnya telah digunakan sejak lama sebagai ubat tradisional. Orang dulu percaya tongkat ali mampu merawat malaria, mengurangkan demam, dan mengembalikan tenaga selepas sakit. Dari situlah ia mula dikaitkan dengan fungsi meningkatkan tenaga batin dan kesuburan lelaki.

Khasiat Tongkat Ali

1. Kesuburan dan Prestasi Seksual Lelaki

Tongkat ali paling terkenal dengan fungsinya dalam meningkatkan kesuburan dan prestasi seksual lelaki. Ia telah digunakan sejak turun-temurun sebagai herba untuk tenaga batin, dan kini sains moden mula mengesahkan sebahagian daripada dakwaan tersebut.

Kajian mendapati tongkat ali boleh membantu meningkatkan jumlah sperma, meningkatkan pergerakan sperma, serta menyokong fungsi ereksi. Kajian melihat kepada lelaki dengan paras testosteron rendah dan mendapati pengambilan tongkat ali boleh:

  • Meningkatkan jumlah dan kualiti sperma
  • Meningkatkan paras testosteron
  • Membantu fungsi ereksi dan prestasi seksual
  • Potensi rawatan tambahan untuk hipogonadisme

RINGKASAN

Tongkat ali ibarat bateri tambahan untuk lelaki. Tongkat ali terkenal sebagai herba untuk tenaga lelaki dan kesuburan. Ia boleh bantu tambah jumlah dan kualiti sperma, naikkan testosteron, serta sokong fungsi ereksi dan prestasi seksual.

2. Mengurangkan Tekanan dan Keletihan

Herba ini dipercayai membantu menyeimbangkan hormon stres, sekali gus meningkatkan mood dan tahap tenaga harian.

Satu kajian mendapati mereka yang mengambil tongkat ali mengalami penurunan hormon kortisol (hormon stres). 

Kajian meneliti kesan kombinasi khasiat tongkat ali dan multivitamin. Hasilnya:

  • Menurunkan hormon kortisol (hormon stres)
  • Meningkatkan mood dan kesejahteraan emosi
  • Membantu mengurangkan rasa letih
  • Potensi sebagai herba adaptogen semula jadi

RINGKASAN

Khasiat tongkat ali macam butang reset badan. Tongkat ali juga boleh bantu seimbangkan hormon stres. Ia menurunkan kortisol, buat mood lebih baik, dan kurangkan rasa letih.

3. Potensi pada Tulang dan Kanser

Penggunaan tongkat ali juga dikaji dari aspek kesihatan tulang dan potensi melawan kanser. Walaupun data masih terhad, beberapa penemuan awal cukup menarik.

Kajian menunjukkan tongkat ali boleh membantu mengurangkan kehilangan tulang akibat osteoporosis. Osteoporosis ialah keadaan di mana tulang menjadi lemah dan rapuh. Biasanya ia tidak disedari sehingga berlaku patah tulang, terutamanya di bahagian pinggul, tulang belakang atau pergelangan tangan.

Selain itu, tongkat ali yang mempunyai aktiviti antikanser. 16 sebatian ini didapati berpotensi menghalang pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan keradangan yang boleh menyumbang kepada perkembangan kanser. 

RINGKASAN

Tongkat ali juga sedang dikaji untuk kesihatan tulang dan potensi melawan kanser. Ia mungkin bantu kurangkan risiko tulang rapuh (osteoporosis) serta menghalang pertumbuhan sel kanser dan keradangan.

Apa Itu Kacip Fatimah?

Kacip Fatimah

Kacip fatimah atau Labisia pumila ialah herba renek dengan rizom menjalar yang biasanya tumbuh di kawasan redup dan lembap. Di Malaysia, ia lebih dikenali sebagai jamu wanita. Akar dan keseluruhan herba ini telah digunakan sejak turun-temurun untuk membantu wanita selepas bersalin, mengurangkan sakit senggugut, serta melancarkan kitaran haid.

Kacip fatimah terkenal dengan kandungan phytoestrogen, iaitu sejenis estrogen tumbuhan yang menyerupai hormon wanita. Ia dipercayai membantu mengekalkan kesihatan rahim, mengurangkan simptom menopaus, dan juga terkenal dengan reputasi sebagai herba untuk kacip fatimah tightening selepas bersalin.

Khasiat Kacip Fatimah

1. Kesihatan Reproduktif Wanita

Sejak dulu lagi, wanita Melayu menggunakan rebusan kacip fatimah selepas bersalin. Ia dipercayai membantu mengecutkan rahim, mengembalikan tenaga, dan menguatkan otot faraj. Inilah yang dikaitkan dengan kacip fatimah tightening, iaitu manfaat yang paling popular hingga kini.

2. Hormon dan Menopaus

Kajian moden mendapati kacip fatimah kaya dengan phytoestrogen yang boleh membantu mengimbangi hormon wanita. Kajian menunjukkan ekstrak kacip fatimah berpotensi mengurangkan simptom menopaus seperti panas badan, kekeringan, dan perubahan emosi. Kajian ini mencadangkan ia boleh menjadi alternatif semula jadi bagi terapi hormon, tetapi perlukan lebih banyak penyelidikan.

3. Kesan Pada Kulit

Kacip fatimah juga mempunyai antioksidan yang tinggi. Kajian menunjukkan ekstraknya mampu melindungi kulit daripada kerosakan UV dengan mengurangkan keradangan dan mengekalkan tahap kolagen. Ini menjadikannya berpotensi digunakan dalam produk anti-penuaan kerana ia membantu mengurangkan kedutan, melembapkan kulit, serta memperbaiki tona kulit yang tidak sekata.

Boleh ke Perempuan Minum Tongkat Ali dan Lelaki Minum Kacip Fatimah?

Soalan ini memang selalu timbul sebab kita tahu tongkat ali sering dikaitkan dengan lelaki, manakala kacip fatimah sinonim dengan wanita. Tapi adakah ia terhad ikut jantina?

Perempuan ambil tongkat ali

Beberapa kajian awal menunjukkan tongkat ali tidak hanya bermanfaat untuk lelaki. Disebabkan kesannya pada hormon testosteron dan kortisol, ia juga boleh membantu wanita yang mengalami stres, letih, atau masalah tenaga. Namun, kajian terhadap wanita masih sangat terhad. 

Lelaki ambil kacip fatimah

Kacip fatimah kaya dengan phytoestrogen, iaitu sejenis estrogen tumbuhan. Untuk lelaki, pengambilan berlebihan mungkin mengganggu keseimbangan hormon testosteron. Setakat ini, tiada bukti kukuh yang menunjukkan manfaat kacip fatimah kepada lelaki.

Risiko dan Kesan Sampingan

Walaupun banyak yang memuji khasiat tongkat ali dan kacip fatimah fungsi, ia bukan bermakna semua orang boleh mengambilnya tanpa risiko.

Tongkat ali pada dos tinggi boleh menjadi toksik. Pakar mencadangkan had dos sekitar 200 hingga 400 mg sehari. Ia juga tidak sesuai untuk pesakit dengan penyakit jantung, buah pinggang, atau kanser yang bergantung pada hormon seperti kanser prostat.

Kacip fatimah pula kurang dikaji dari segi keselamatan jangka panjang, terutama pada wanita hamil atau menyusukan bayi. Oleh kerana ia mengandungi phytoestrogen, ada kemungkinan ia boleh mengganggu keseimbangan hormon jika diambil berlebihan.

Individu yang sedang mengambil ubat hormon atau ubat untuk kencing manis juga dinasihatkan berbincang dengan doktor sebelum mencuba.

Kesimpulan

Tongkat ali dan kacip fatimah adalah dua herba tradisional yang sangat ikonik di Malaysia. Sejarah penggunaannya panjang, dari bilik bersalin hingga ke meja kopi moden. Dari segi sains, ada bukti kukuh bahawa kedua-duanya mempunyai potensi, terutama dalam kesihatan seksual, pengurusan stres, dan penjagaan kulit.

Namun begitu, bukti saintifik pada manusia masih terhad. Kesimpulannya, ya, ada asas bahawa khasiat tongkat ali dan kacip fatimah fungsi itu benar. Tetapi ia bukan ubat ajaib. Manfaatnya ada, risiko juga ada. Dan untuk kacip fatimah tightening yang sering diwar-warkan, ia memang sebahagian daripada kepercayaan tradisional, tetapi perlukan kajian moden untuk benar-benar disahkan.