Fakta Tentang Extra Virgin Olive Oil

  • Kaya dengan lemak sihat dan antioksidan yang bantu lindungi sel badan.
  • Baik untuk jantung, otak, sendi dan kawalan gula darah.
  • Tidak menyebabkan berat badan naik jika diambil secara sederhana.
  • Sesuai digunakan dalam makanan harian atau untuk penjagaan kulit dan rambut.
Extra Virgin Olive Oil

Bila sebut tentang “minyak”, ramai yang terus fikir kolesterol tinggi, makanan berminyak, atau kena elak demi kesihatan. Tapi tak semua minyak sama.

Ada satu jenis minyak yang bukan sahaja tidak membahayakan kesihatan, malah boleh bantu lindungi jantung, otak, sendi dan tahap gula darah kita iaitu extra virgin olive oil (EVOO).

Ramai rakyat Malaysia mungkin kenal EVOO sebagai bahan dalam salad atau masakan Barat atau masakan Arab, tapi sebenarnya manfaatnya jauh lebih besar. Kebaikan extra virgin olive oil bukan setakat rasa dan aroma, tapi kandungan nutrisinya yang terbukti menyokong kesihatan secara menyeluruh.

Apa Sebenarnya Extra Virgin Olive Oil?

Extra virgin olive oil ialah minyak zaitun yang paling tulen dan berkualiti tinggi. Ia diekstrak secara cold-pressed  (diperah tanpa haba atau bahan kimia) supaya semua nutrien asal buah zaitun kekal dalam botol.

Setiap sudu besar EVOO mengandungi:

  • 13% keperluan harian vitamin E
  • 7% vitamin K
  • Lemak monotaktepu (terutama asid oleik)
  • Antioksidan semula jadi seperti oleocanthal, oleacein, dan polyphenols

Gabungan ini membantu lawan keradangan, lindungi sel badan, dan kurangkan risiko pelbagai penyakit kronik. Dan ya, EVOO bukan sekadar minyak, ia sebenarnya makanan fungsi (functional food) yang bermanfaat untuk kesihatan jangka panjang.

5 Khasiat Olive Oil Extra Virgin

1. EVOO Bantu Kurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular

Penyakit jantung masih antara punca utama kematian di Malaysia. Tapi berita baiknya, salah satu cara paling mudah untuk kurangkan risikonya ialah dengan ubah apa yang kita makan dan EVOO boleh jadi pilihan bijak.

Kajian mendapati EVOO membantu:

  • Kurangkan keradangan dalaman
  • Turunkan tahap C-reactive protein (CRP) iaitu sejenis protein yang meningkat bila badan alami keradangan
  • Melindungi kolesterol baik (HDL) daripada rosak akibat oxidative stress
  • Meningkatkan fungsi salur darah

Bahan utama dalam EVOO, oleocanthal, mempunyai kesan anti-radang yang hampir sama dengan ibuprofen tetapi secara semula jadi, tanpa kesan sampingan ubat.

Apa Itu CRP?

C-reactive protein (CRP) dihasilkan oleh hati bila badan anda alami jangkitan, kecederaan, atau keradangan dalaman. Bila paras CRP tinggi, itu petanda badan sedang “marah” dan dalam keadaan stres. EVOO boleh bantu tenangkan sistem itu dengan menurunkan CRP secara semula jadi.

Nutrien Lain yang Baik untuk Jantung

Walaupun khasiat extra virgin olive oil (EVOO) sangat baik untuk kesihatan jantung, ia bukan satu-satunya makanan yang bermanfaat. Satu lagi kumpulan lemak sihat yang penting ialah asid lemak omega-3. Sama seperti lemak sihat dalam EVOO, omega-3 juga menyokong sistem kardiovaskular secara semula jadi.

Omega-3 boleh membantu menurunkan tekanan darah, kurangkan lemak dalam darah dan mengekalkan salur darah supaya lebih anjal. Omega-3 boleh diperoleh daripada ikan berlemak seperti salmon, sardin dan tenggiri, atau melalui suplemen minyak ikan.

2. Minyak Zaitun Dapat Mengurangkan Risiko Strok

Strok berlaku apabila aliran darah ke otak terganggu. Sama ada oleh darah beku atau salur darah pecah. Di Malaysia, strok bukan sahaja biasa, malah boleh sebabkan kecacatan kekal.

Kajian besar melibatkan lebih 800,000 orang menunjukkan bahawa lemak monotaktepu daripada olive oil adalah satu-satunya jenis lemak yang dikaitkan dengan pengurangan risiko strok dan penyakit jantung.

Walaupun sesetengah kajian masih bercanggah, EVOO secara umum dianggap sebagai pilihan yang baik untuk jantung dan otak terutamanya bila diamalkan dalam diet seimbang.

3. EVOO Boleh Bantu Memori dan Lindungi Otak Daripada Alzheimer

Bila umur meningkat, masalah seperti cepat lupa, keliru, atau sukar mengurus diri boleh berlaku. Ini antara simptom utama penyakit Alzheimer iaitu sejenis neurodegenerative condition yang menyebabkan kemerosotan otak secara beransur-ansur.

Extra virgin olive oil boleh bantu dengan:

  • Kurangkan pembentukan beta-amyloid plaques dalam otak
  • Lawan neuroinflammation (keradangan saraf otak)
  • Turunkan oxidative stress iaitu tekanan dalaman akibat radikal bebas
  • Kuatkan blood-brain barrier iaitu penghadang semula jadi yang lindungi otak dari toksin

Kajian jangka panjang selama 28 tahun mendapati orang yang mengambil lebih 7 gram EVOO sehari ada 28% kurang risiko mati akibat penyakit berkaitan dementia  walaupun diet mereka secara keseluruhan biasa saja.

Ringkasan

Bila kita makin tua, otak kita boleh jadi lemah. Itu boleh jadi tanda otak tengah sakit, dipanggil Alzheimer. EVOO tolong buang benda yang ganggu otak, kurangkan bengkak dalam otak, dan lindungi otak supaya tak mudah rosak.

4. EVOO Mampu Stabilkan Gula Darah dan Kawal Diabetes Jenis 2

Diabetes jenis 2 makin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia berlaku apabila badan tidak dapat guna insulin dengan baik dan menyebabkan gula darah sentiasa tinggi. Seramai 21% rakyat Malaysia akan menghidap diabetes menjelang tahun 2025.

Apa kaitannya dengan EVOO?

  • EVOO boleh tingkatkan sensitiviti insulin
  • Turunkan paras gula darah puasa
  • Stabilkan plasma glucose selepas makan
  • Kurangkan risiko daripada prediabetes menjadi diabetes penuh

Dalam satu kajian, mereka yang mengambil 55 mL EVOO setiap hari (diperkaya dengan oleanolic acid) mempunyai risiko 55% lebih rendah untuk menghidap diabetes jenis 2.

Satu sudu EVOO dalam makanan harian boleh jadi langkah kecil untuk elakkan masalah besar di masa hadapan.

5. Bantu Kurangkan Sakit Sendi Akibat Artritis Reumatoid

Artritis reumatoid (RA) ialah penyakit autoimun yang menyerang sendi dan menyebabkan keradangan kronik. Ia boleh buat sendi bengkak, kaku, dan sakit sepanjang masa.

Kajian mendapati EVOO boleh bantu:

  • Turunkan paras CRP (penanda utama keradangan)
  • Kurangkan kesakitan dan kekakuan sendi
  • Sokong kesihatan sendi bila digabung dengan makanan anti-radang lain

Walaupun bukan ubat utama, khasiat extra virgin olive oil menjadikannya sokongan semula jadi yang bermanfaat bagi pesakit RA atau sesiapa yang mengalami masalah sendi.

Kesimpulan Khasiat Olive Oil Extra Virgin

Extra virgin olive oil (EVOO) bukan sekadar minyak untuk masakan, ia adalah sumber nutrisi yang lengkap dengan manfaat kesihatan terbukti. Kaya dengan lemak sihat, antioksidan dan vitamin penting, EVOO telah dikaitkan dengan pelbagai kebaikan seperti melindungi jantung, menyokong fungsi otak, mengawal gula darah dan mengurangkan keradangan dalam badan.

Pengambilan EVOO juga tidak meningkatkan berat badan jika digunakan secara sederhana, malah boleh menyokong usaha menurunkan berat. Ia mudah dimasukkan ke dalam diet harian, sama ada melalui masakan, salad, atau penggunaan luaran pada kulit.

Keseluruhannya, khasiat olive oil extra virgin menjadikannya antara pilihan terbaik dalam usaha menjaga kesihatan secara semula jadi dan menyeluruh. Menjadikannya sebahagian daripada rutin pemakanan harian adalah langkah kecil dengan kesan besar untuk jangka masa panjang.