FAKTA TENTANG RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN
- Berlaku 2–4 bulan selepas kelahiran.
- Disebabkan oleh perubahan hormon, khususnya penurunan estrogen.
- Tidak menjejaskan bayi anda.
- Rambut biasanya tumbuh semula dalam tempoh 6–12 bulan.
- Nama lain: telogen effluvium.

Kalau anda fikir jadi ibu baru hanya bermaksud berjaga malam, tukar lampin dan susukan bayi… tunggu dulu. Ada satu lagi kejutan yang ramai tak bagitahu: rambut gugur selepas bersalin.
Bayangkan setiap kali bangun pagi, nampak helaian rambut bertaburan di bantal. Mandi, rambut melekat di longkang. Menyikat, segenggam rambut pula tersangkut di sikat. Ramai ibu baharu mula panik dan fikir, “Aku akan botak ke?”
Sebenarnya, rambut gugur lepas bersalin bukan sesuatu yang pelik. Hampir semua wanita mengalaminya, cuma tahapnya berbeza. Ada yang gugur sedikit, ada pula yang lepas bersalin rambut gugur teruk sehingga terasa nipis dan menakutkan.
Apa yang penting, keadaan ini bukanlah penyakit, dan bukan juga tanda kesihatan anda bermasalah. Ia sebahagian daripada perubahan normal tubuh selepas melahirkan anak.
Macam Mana Sebenarnya Rambut Kita Tumbuh?

Rambut bukan sekadar “ada atau tiada”. Ada kitaran fasa dia sendiri:
- Anagen (Pertumbuhan aktif): rambut tengah rancak tumbuh, boleh ambil masa 2–6 tahun
- Catagen (Peralihan): fasa pendek bila folikel rambut mula “cool down”
- Telogen (Rehat): rambut stop tumbuh, lepas 3 bulan, ia gugur
Semasa mengandung, hormon estrogen tinggi buat rambut stay lama dalam fasa pertumbuhan. Itu sebab ramai ibu mengandung rasa rambut tebal, berkilat, macam iklan syampu. Tapi selepas bersalin, hormon ini jatuh mendadak. Akhirnya, banyak rambut serentak masuk “mode cuti” dan lepas tu… gugurlah dia.
Pendek kata, rambut pun tahu konsep cuti bersalin, cuma bezanya dia tak balik kerja semula serentak.
Kenapa Hormon Estrogen Penting Untuk Rambut?
Estrogen akar rambut lebih kuat. Bila hormon estrogen turun, contohnya lepas bersalin atau masa menopaus, rambut senang gugur, lambat panjang, dan nampak makin nipis. Ini sebab rambut kurang masa nak tumbuh, cepat masuk fasa rehat, dan lebih terkesan dengan hormon yang kecikkan akar rambut.
Tanda-Tanda Rambut Gugur
- Rambut luruh banyak setiap kali sikat atau mandi.
- Rambut merata seperti diatas bantal, lantai, pakaian semua jadi bukti.
- Bahagian depan atau tepi kepala nampak makin nipis.
Normalnya kita gugur lebih kurang 100 helai sehari. Tapi masa rambut gugur selepas bersalin, boleh jadi berganda-ganda banyak.
Kenapa Rambut Gugur Lepas Bersalin?

1. Hormon estrogen jatuh merudum
Masa hamil, estrogen tinggi buat rambut tahan lama dalam fasa pertumbuhan. Lepas bersalin, hormon turun, terus ramai rambut masuk fasa rehat. Hasilnya? Rambut gugur beramai-ramai.
2. Kurang tidur + stres
Bayi berjaga malam, ibu pun berjaga. Tubuh penat, stres naik. Semua ini bagi kesan pada kitaran rambut.
P/S: tidur siang 15 minit pun takkan buat rambut tumbuh balik.
3. Pemakanan tak cukup seimbang
Badan perlukan zat besi, protein, vitamin untuk sokong rambut. Bila kurang, rambut pun lebih cepat gugur.
Berapa Lama Sebenarnya Rambut Akan Gugur?
Biasanya mula 2–3 bulan lepas bersalin, memuncak masa bulan ke-4. Berita baik, kebanyakan ibu tengok rambut kembali normal dalam 6–12 bulan. Kalau lepas bersalin rambut gugur teruk sampai lebih setahun, itu tanda anda patut jumpa doktor.
Bahaya Tak Untuk Bayi?
Tak, rambut gugur selepas bersalin tak jejaskan bayi. Tapi hati-hati: rambut yang jatuh boleh melilit jari, kaki, atau alat sulit bayi. Keadaan ini dipanggil hair tourniquet, boleh sakitkan bayi sebab aliran darah tersekat. Kalau nampak, cepat-cepat keluarkan.
Apakah itu Hair Tourniquet?
Hair tourniquet ni jadi bila sehelai rambut atau benang terbelit ketat sangat dekat anggota badan. Sselalunya jari tangan atau jari kaki sehingga sampai darah susah nak mengalir. Benda ni jarang berlaku, tapi boleh jadi sakit terutamanya untuk bayi.
Sokongan Pemakanan Untuk Rambut Gugur Selepas Bersalin
Pemakanan memainkan peranan besar dalam pemulihan rambut. Beberapa kajian menyokong peranan nutrien tertentu:
1. Vitamin D
Yes, kekurangan vitamin D boleh jadi punca atau penyumbang kepada rambut gugur sebab ia kacau kitaran pertumbuhan rambut dan pembentukan folikel baru. Vitamin D sebenarnya penting untuk kawal aktiviti folikel rambut dan bantu rambut masuk balik ke fasa tumbuh, jadi badan boleh pulih secara semula jadi.
Kajian mendapati kekurangan vitamin D ada kaitan rapat dengan masalah keguguran rambut. Vitamin D membantu folikel rambut kekal aktif dan menyokong pertumbuhan helai baharu.
RINGKASAN
Vitamin D sangat penting untuk rambut sebab ia bantu aktifkan folikel dan galakkan rambut baru tumbuh. Kalau kurang vitamin D, folikel jadi lemah dan rambut lebih mudah gugur. Kajian tunjuk orang yang kekurangan vitamin D lebih cenderung alami masalah keguguran rambut.
2. Biotin (Vitamin B7)
Menurut National Institutes of Health (NIH), biotin penting dalam penghasilan keratin, iaitu protein utama rambut. Kekurangan biotin boleh menyebabkan rambut rapuh dan mudah gugur, walaupun ia jarang berlaku.
Keratin ni protein utama yang bentuk rambut kita. Untuk hasilkan keratin dan jaga kesihatan rambut, badan perlukan nutrien macam biotin, zink, protein, dan zat besi. Kekurangan biotin boleh juga menyebabkan kuku rapuh dan ruam pada kulit.
RINGKASAN
Biotin bantu badan hasilkan keratin, iaitu protein utama untuk rambut, kuku, dan kulit. Kalau kurang biotin, rambut mudah gugur, kuku rapuh, dan kulit boleh naik ruam.
3. Vitamin E
Vitamin E boleh bantu kurangkan rambut gugur lepas bersalin sebab ia ada sifat antioksidan yang lindungi folikel rambut daripada stress oksidatif. Ia juga boleh tingkatkan aliran darah kat kulit kepala, jadi nutrien sampai lebih baik ke akar rambut dan kurangkan gugur.
Satu kajian placebo-controlled tunjuk yang makan suplemen tocotrienol (sejenis vitamin E) boleh tingkatkan bilangan rambut dengan ketara. Dalam 8 bulan, kumpulan yang ambil vitamin E naik 34.5% jumlah rambut, berbanding kumpulan placebo yang cuma naik 0.1%.
RINGKASAN
Vitamin E macam air sungai yang jernih mengalir ke sawah. Bila air sampai cukup, padi tumbuh subur. Sama juga, bila vitamin E bantu lancarkan darah ke kulit kepala, akar rambut dapat makanan cukup dan rambut jadi lebih kuat, kurang gugur.
Kesimpulan
Rambut gugur selepas bersalin adalah fenomena biasa yang dialami oleh hampir semua ibu baru. Ia berlaku akibat perubahan hormon, tekanan tubuh, serta faktor pemakanan. Walaupun kelihatan menakutkan, ia hanyalah sementara dan rambut akan tumbuh semula dalam masa setahun.
Menjaga pemakanan, memilih produk penjagaan rambut yang sesuai, serta menguruskan stres boleh membantu mengurangkan keguguran. Jangan panik jika lepas bersalin rambut gugur teruk, kerana tubuh anda sedang menyesuaikan diri selepas perubahan besar kehamilan.
Jika keguguran berlarutan lebih setahun atau disertai gejala lain, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.