FAKTA MENGENAI MATCHA

  • Matcha datang daripada tumbuhan Camellia sinensis, sama macam teh hijau.
  • Ditanam dengan teknik teduhan khas sebelum dituai.
  • Daunnya digiling jadi serbuk halus, dan kita minum terus serbuk tu.
  • Kandungan kafein matcha lebih tinggi berbanding teh hijau biasa.
Iced green tea milkshake

Sejak kebelakangan ini, hype matcha semakin ketara di Malaysia. Dari kafe hipster hingga ke gerai biasa, minuman hijau pekat ini seolah-olah menjadi simbol gaya hidup sihat moden. Kalau pergi mana-mana kafe, mesti ada latte matcha, kek matcha, atau boba matcha. Soalan yang selalu timbul: adakah benar minum matcha setiap hari lebih baik daripada teh hijau biasa? atau sekadar trend semata-mata?

Laporan antarabangsa turut mencatatkan permintaan global untuk matcha sehingga ladang teh Jepun dilaporkan hampir kering. Fenomena ini bukan sekadar trend, tetapi mencetuskan perbincangan tentang kebaikan dan keburukan matcha serta kesannya terhadap kesihatan.

Artikel ini akan menjelaskan apa itu matcha, bagaimana ia berbeza daripada teh hijau, apakah manfaat kesihatannya, risiko yang mungkin timbul, dan sama ada amalan minum matcha setiap hari bagus.

Apa Itu Matcha?

Matcha ialah serbuk teh hijau dari Jepun. Bezanya dengan teh hijau biasa, matcha dibuat dengan cara kita minum seluruh daun dalam bentuk serbuk, bukan sekadar rendaman.

Cara matcha dibuat

Matcha ialah serbuk teh hijau dari Jepun yang diperoleh daripada daun teh yang dilindungi daripada cahaya matahari sebelum dituai. Proses ini meningkatkan kandungan klorofil dan asid amino, menjadikan warnanya lebih hijau terang.

Selepas dituai, urat dan batang dibuang, kemudian digiling menggunakan batu khas hingga menjadi serbuk halus.

Satu hidangan standard (½–1 sudu kecil serbuk matcha dengan 60–90 ml air panas) mengandungi kira-kira 70 mg kafein, hampir dua kali ganda daripada teh hijau biasa.

Nutrisi Matcha (Setiap 1 gram serbuk)

  • Kalori: 3
  • Protein: 1 g
  • Lemak: 0 g
  • Karbohidrat: 0 g
  • Serat: 1 g
  • Gula: 0 g
  • Kafein: 70 mg (anggaran)

Kandungan paling berharga dalam matcha ialah catechin, L-theanine, polifenol, klorofil, dan sedikit mineral. Walaupun tidak kaya vitamin, komposisi fitokimia ini memberi banyak kesan positif kepada tubuh.

Gejala dan Kesan Sampingan Jika Berlebihan

Walaupun banyak kebaikan, minum matcha setiap hari dalam kuantiti besar boleh menyebabkan:

  • Loya dan sakit perut akibat kepekatan antioksidan yang tinggi.
  • Masalah hati atau buah pinggang jika diambil berlebihan (≥ 2 cawan besar sehari).
  • Degupan jantung laju dan sukar tidur disebabkan oleh kesan minum matcha kafein yang terlalu tinggi.

Simptom-simptom ini jarang berlaku jika diminum dalam jumlah sederhana, tetapi penting difahami sebagai sebahagian daripada kebaikan dan keburukan matcha. Tapi jangan risau, kebanyakan orang okey je kalau minum 1 cawan sehari. Cuma kena faham ‘caffeine tolerant’ anda.

Apakah itu ‘caffeine tolerant’?

Bila anda kerap ambil kafein setiap hari, badan anda jadi semakin kurang responsif terhadap kesannya. Lama-kelamaan, anda perlukan lebih banyak kafein untuk dapat rasa segar atau fokus yang sama macam dulu.

Dengan kata lain, kalau hari ini satu cawan matcha dah cukup buat anda bertenaga, mungkin beberapa bulan lagi anda perlukan dua cawan untuk capai kesan sama. Inilah sebabnya penting untuk kawal pengambilan, walaupun anda rasa dah “biasa” dengan kafein.

Matcha selamat sederhana, tapi berlebihan boleh jejaskan perut, hati, tidur.

Kenapa Minum Matcha Setiap Hari Bagus?

Perbezaan utama antara matcha dan teh hijau biasa adalah cara penyediaan:

  • Teh hijau biasa: daun direndam, lalu hanya sebahagian nutrien larut dalam air.
  • Matcha: seluruh daun dalam bentuk serbuk diminum, jadi semua nutrien, baik dan buruk, masuk ke tubuh.

Oleh itu, matcha mempunyai kepekatan lebih tinggi:

  • Antioksidan (EGCG) sehingga 10 kali ganda lebih banyak daripada teh hijau biasa (sumber kajian).
  • Kafein 70 mg setiap hidangan vs 35 mg dalam teh hijau.
  • L-theanine iaitu asid amino yang bantu relaks dan tingkat fokus.

Manfaat Matcha Yang Disokong Kajian

1. Kaya Antioksidan

Pernah dengar perkataan antioksidan? Ringkasnya, antioksidan ni macam “perisai” untuk badan kita. Dia lindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas seperti benda kecil yang boleh datang dari stres, asap rokok, makanan tak sihat, atau pencemaran. Kalau radikal bebas terlalu banyak, badan boleh cepat tua dan senang kena penyakit kronik.

Dalam matcha, ada epigallocatechin gallate (EGCG), sejenis antioksidan. Ini kerana kita minum serbuk daun penuh (bukan rendaman macam teh hijau biasa), jumlah antioksidannya memang jauh lebih tinggi.

Kajian menunjukkan matcha boleh ada sampai 10 kali ganda lebih banyak antioksidan berbanding teh hijau biasa. 

Antioksidan lindungi sel badan, matcha kaya EGCG sepuluh kali lebih banyak.

2. Baik Untuk Jantung

Catechin dalam matcha membantu turunkan kolesterol jahat (LDL), naikkan kolesterol baik (HDL), dan stabilkan gula dalam darah. Jadi saluran darah kurang stres, jantung pun lebih terjaga.

Kajian menunjukkan bahawa individu yang minum teh hijau mempunyai sehingga 31% risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang tidak minum.

Catechin matcha turunkan LDL, naikkan HDL, lindungi jantung lebih sihat.

3. Bantu Kawal Berat Badan

Ramai kaitkan matcha dengan kurus. Betul ke? Sebenarnya, gabungan catechin + minum matcha kafein boleh bagi kesan boost pada metabolisme badan. Maksudnya, anda bakar lebih kalori walaupun tengah rehat.

Selain tu, matcha juga bantu bakar lemak sedikit lebih efisien. Tapi kalau nak betul-betul kurus, diet seimbang + senaman tetap kunci utama. Matcha cuma pembantu yang tolong sikit-sikit sahaja.

Kajian menunjukkan orang yang minum teh hijau kaya catechin bakar lebih banyak kalori berbanding yang tak minum.

Minum matcha setiap hari bantu tingkat metabolisme, bakar kalori lebih, sokong kurus sihat.

4. Fokus Yang Baik

Bezanya kopi dan matcha: kopi bagi tenaga cepat tapi kadang-kadang “crash” datang tiba-tiba. Matcha pula lain sikit.

Dalam matcha ada L-theanine, sejenis asid amino yang buat otak rasa tenang tapi tetap fokus. Bila bergabung dengan minum matcha kafein, kesannya jadi tenaga lebih stabil, tak terlampau laju, tak buat gelisah, dan tak jatuh mendadak.

Kajian menunjukkan L-theanine juga boleh bantu mood lebih baik, memori lebih tajam dan tumpuan lebih lama.

Matcha beri tenaga stabil, fokus tenang, elak “crash” macam kopi.

Tahukah anda? Selain dalam bentuk minuman, ada juga supplement multivitamin yang mengandungi ekstrak green tea. Kandungan ini secara tidak langsung boleh memberi kesan hampir sama seperti bila anda minum matcha setiap hari.

Cara Minum Matcha Dengan Selamat

  • Hadkan kepada 1–2 cawan sehari.
  • Pilih serbuk matcha organik untuk kurangkan risiko racun perosak.
  • Jangan tambah terlalu banyak gula atau sirap pekat.
  • Jika sensitif terhadap minum matcha kafein, elakkan waktu malam.

Kesimpulan

Matcha sememangnya lebih pekat dengan nutrien berbanding teh hijau biasa kerana anda meminum seluruh daun. Minum matcha setiap hari boleh memberi manfaat besar dari tenaga lebih stabil hingga perlindungan jantung. Namun, kesan sampingan akibat kandungan kafein dan risiko toksin juga perlu diberi perhatian.

Secara ringkasnya, kebaikan dan keburukan matcha bergantung pada cara anda mengamalkannya. Sama ada anda minum matcha kafein sebagai ganti kopi atau sekadar ikut trend, pastikan anda mengambilnya secara sederhana. Dengan itu, hype matcha ini bukan sekadar fesyen, tetapi boleh menjadi sebahagian gaya hidup sihat yang seimbang.