INTIPATI UTAMA

  • Wanita dilahirkan dengan 1–2 juta telur dalam ovari.
  • Semasa akil baligh, jumlah itu tinggal sekitar 400,000.
  • Hanya 300–400 telur akan matang dan dilepaskan sepanjang hayat reproduktif.
  • Telur yang sihat penting untuk pembentukan embrio yang kuat dan kehamilan yang berjaya.

Reproduction process in human

Ramai orang masih percaya bahawa kesuburan wanita hanyalah soal “nasib” atau “takdir”. Hakikatnya, sains menunjukkan kualiti telur memainkan peranan besar dalam menentukan sama ada seorang wanita boleh hamil dengan mudah atau sebaliknya. Persoalan seperti sel telur wanita bertahan berapa hari selepas ovulasi atau bagaimana percantuman sperma dan ovum membentuk embrio sering timbul. Namun, jawapan kepada persoalan ini sangat berkait rapat dengan kesihatan telur itu sendiri.

Sebenarnya, kualiti telur bukan sekadar isu kecil. Ia adalah asas kepada kitaran haid yang normal, peluang implantasi embrio, dan kejayaan kehamilan. Mari kita bongkar faktor-faktor penting dalam pembentukan telur yang sihat, tanda-tanda yang patut diberi perhatian, dan apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesuburan.

Apa Itu Kualiti Telur

cell and chromosome structure

Kualiti telur merujuk kepada sama ada telur itu normal dari segi genetik atau tidak. Telur yang sihat atau normal (euploid) mempunyai 23 kromosom. Jika telur abnormal (aneuploidy), ia mungkin mempunyai lebih atau kurang kromosom, yang boleh menyebabkan keguguran atau masalah genetik selepas persenyawaan.

Telur yang sihat lebih berpotensi untuk disenyawakan, berkembang menjadi embrio, dan seterusnya melekat pada rahim. Inilah sebabnya kenapa kualiti telur sangat penting apabila merancang kehamilan.

Kualiti Telur Baik dan lemah

Sebelum kita melihat faktor risiko, penting untuk mengenali tanda-tanda asas yang menunjukkan telur berada dalam keadaan sihat. 

Tanda Kualiti Telur yang Baik

Tanda-tanda ini biasanya boleh diperhatikan melalui kitaran haid dan keseimbangan hormon.

  • Kitaran haid teratur setiap bulan.
  • Tahap hormon stabil.
  • Perubahan mukus serviks dan suhu badan asas konsisten mengikut fasa kitaran.

Tanda Kualiti Telur yang Lemah

Bukan semua wanita menyedari bahawa kesukaran untuk hamil atau keguguran berulang serta menurunkan kesuburan wanita boleh berpunca daripada kualiti telur yang rendah. Beberapa tanda berikut boleh menjadi petunjuk bahawa telur tidak berada pada tahap optimum.

  • Sukar hamil atau kerap mengalami keguguran.
  • Haid yang tidak tetap atau datang lambat.
  • Kitaran haid terlalu pendek atau panjang.
  • Aliran haid yang sangat banyak.
  • Masalah hormon seperti progesteron rendah atau Anti-Müllerian Hormone (AMH) rendah.

Badan wanita macam jam. Bila telur sihat, jamnya berfungsi tepat dan teratur. Tapi bila telur lemah, jam itu mula lambat, cepat, atau tidak stabil.

Faktor Risiko yang Menjejaskan Kualiti Telur

Menurut kajian, menjelang umur 40 tahun, kebanyakan wanita hanya tinggal kurang daripada 10% bekalan telur berbanding sebelum lahir. Jadi beberapa keadaan boleh menjejaskan kesihatan telur wanita, antaranya:

  • Usia melebihi 40 tahun.
  • Endometriosis.
  • Merokok.
  • Rawatan kanser seperti kemoterapi atau radioterapi.
  • Kondisi genetik seperti Turner Syndrome atau Fragile X.
  • Tekanan kronik.
  • Ketidakseimbangan hormon.

Kajian lain juga menunjukkan bahawa merokok memberi kesan buruk kepada kesuburan wanita dengan merosakkan simpanan telur (ovarian reserve), mengurangkan bilangan serta kualiti telur, dan mengganggu tahap hormon seperti progesteron dan estrogen.

Berapa Lama Telur Bertahan

Selepas ovulasi, sel telur hanya bertahan antara 12 hingga 24 jam. Jika tidak disenyawakan, telur akan hancur dan dikeluarkan bersama lapisan rahim ketika haid. Ini menjelaskan mengapa wanita perlu memahami waktu subur dengan tepat.

Oleh itu, jawapan kepada sel telur wanita bertahan berapa hari adalah sangat singkat, dan kerana itulah masa bersama pasangan perlu dirancang dengan baik untuk meningkatkan peluang kehamilan.

Cara Meningkatkan Kualiti Telur dan Kesuburan Wanita

1. Kekalkan Gaya Hidup Sihat

Tidur yang cukup, sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam sehari, adalah asas kesihatan telur. Kurang tidur boleh mengganggu hormon yang mengawal ovulasi. Senaman ringan seperti yoga, Pilates, atau jogging membantu melancarkan aliran darah ke ovari. Alkohol dan rokok pula perlu dielakkan kerana kedua-duanya terbukti menjejaskan kesuburan.

2. Amalkan Suplemen untuk Kesuburan Wanita

Beberapa jenis suplemen boleh membantu meningkatkan kualiti telur. Sebagai contoh, kajian mendapati bahawa pengambilan Coenzyme Q10 (CoQ10) meningkatkan fungsi mitokondria dalam sel telur. Mitokondria adalah pusat tenaga sel, dan apabila ia berfungsi dengan lebih baik, telur lebih berkemungkinan berkembang dengan sihat.

Selain itu, asid folik adalah nutrien asas untuk pembahagian sel yang normal, manakala vitamin A dan E menyokong fungsi sel telur dengan mengurangkan kerosakan oksidatif. Multivitamin pranatal juga penting kerana ia membekalkan semua nutrien asas yang diperlukan badan untuk persediaan kehamilan.

Pengambilan suplemen untuk kesuburan wanita bukanlah jalan pintas, tetapi ia adalah sokongan tambahan yang berkesan apabila digabungkan dengan gaya hidup sihat.

RINGKASAN

Beberapa suplemen boleh bantu telur jadi lebih sihat. Contohnya, CoQ10 beri tenaga pada telur, asid folik bantu sel membahagi dengan baik, dan vitamin A serta E lindungi telur daripada rosak. Multivitamin pranatal pula bekalkan semua zat penting untuk persediaan hamil.

3. Pemakanan yang Menyokong Kesuburan

Makanan harian mempunyai kesan besar terhadap kesihatan telur.

  • Kekacang dan lentil membekalkan protein, zat besi, dan vitamin B.
  • Biji seperti chia, labu, dan flaxseed kaya dengan lemak sihat serta mikronutrien.
  • Kacang dan buah kering mengandungi selenium dan antioksidan yang melindungi telur daripada kerosakan kromosom.
  • Avokado ialah sumber lemak sihat yang menyokong hormon pembiakan.
  • Beri seperti strawberi dan blueberry kaya dengan vitamin C dan folat.
  • Sayuran hijau seperti bayam dan brokoli membekalkan vitamin A, B, C, E, zat besi, dan kalsium.
  • Bijirin penuh dan produk tenusu menyokong keseimbangan hormon serta kesihatan keseluruhan.

RINGKASAN

Makanan harian boleh bantu jaga kesihatan telur. Kekacang, biji, kacang, buah kering, avokado, beri, sayur hijau, bijirin penuh dan tenusu semuanya bekalkan tenaga, vitamin, dan lemak sihat untuk lindungi serta kuatkan telur.

4. Urus Tekanan (Stress)

Tekanan berlebihan boleh mencetuskan hormon seperti prolaktin dan kortisol. Kedua-duanya boleh mengganggu proses ovulasi. Teknik relaksasi seperti meditasi, senaman ringan atau hobi membantu mengurangkan kesan tekanan terhadap kesuburan.

5. Pilihan Lain

Ada wanita yang memilih kaedah akupunktur sebagai rawatan tambahan, terutamanya ketika menjalani rawatan IVF. Walaupun kajian saintifik masih bercampur, beberapa dapatan menunjukkan peningkatan kadar kehamilan.

Bagi wanita yang belum merancang kehamilan, pembekuan telur pada usia muda boleh menjadi salah satu pilihan. Telur yang dibekukan ketika masih berkualiti tinggi memberi peluang lebih besar untuk berjaya hamil pada masa hadapan.

RINGKASAN

Akupunktur ibarat bantuan sampingan yang mungkin mudahkan jalan. Bekukan telur awal pula macam simpan benih elok dalam peti sejuk supaya boleh tanam bila sudah bersedia.

Kesimpulan

Kualiti telur adalah faktor utama dalam menentukan kesuburan wanita. Walaupun jumlah telur tidak dapat ditambah, kualitinya boleh dipertingkat melalui pemakanan sihat, pengurusan tekanan, serta pengambilan suplemen untuk kesuburan wanita.

Ingat bahawa sel telur wanita bertahan berapa hari hanya sekejap selepas ovulasi, jadi memahami waktu subur adalah penting. Apabila telur berada dalam keadaan optimum, peluang untuk berjaya dalam proses percantuman sperma dan ovum membentuk embrio juga lebih tinggi.