FAKTA PANTAS

  • Skin barrier ialah lapisan paling luar kulit (stratum corneum) untuk menghalang kehilangan air dan kemasukan bahan berbahaya.
  • Kerosakan skin barrier boleh berlaku akibat faktor persekitaran, gaya hidup, atau penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai.
  • Pemulihan boleh mengambil masa antara 2 minggu hingga 6 bulan, bergantung pada tahap kerosakan.
Skin barrier worsen with acne

Ramai orang menghabiskan ratusan ringgit setiap bulan untuk membeli skincare, tetapi ironinya, semakin banyak produk digunakan, semakin teruk keadaan kulit mereka. Kenapa? Salah satu punca utama adalah kerosakan pada skin barrier, iaitu lapisan perlindungan kulit yang sebenarnya menjadi benteng pertahanan utama tubuh.

Bila skin barrier rosak, kulit tidak lagi mampu menahan serangan radikal bebas, pencemaran, dan kehilangan kelembapan. Hasilnya, anda mungkin mengalami kulit kering, sensitif, berjerawat atau meradang. Lebih buruk lagi, jika ia dibiarkan tanpa rawatan yang betul, kerosakan ini boleh mengambil masa berbulan-bulan untuk pulih sepenuhnya.

Apa Itu Skin Barrier dan Kenapa Ia Penting?

Skin barrier adalah lapisan paling luar kulit yang dikenali sebagai stratum corneum. Lapisan ini sering digambarkan seperti dinding bata, di mana sel kulit keras (corneocytes) menjadi “bata” dan lipid seperti ceramides, kolesterol, dan asid lemak menjadi “simen” yang mengikatnya.

Selain menghalang kemasukan bahan berbahaya seperti bakteria, virus, dan pencemaran, skin barrier juga mengekalkan kelembapan semula jadi kulit. Tanpa lapisan ini, air dalam badan akan cepat menguap keluar, menyebabkan kulit menjadi kering dan mudah rosak.

Bagaimana Skin Barrier Boleh Rosak?

Terdapat pelbagai faktor yang boleh skin barrier rosak, termasuk pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari, pencemaran, penggunaan sabun beralkali tinggi, atau exfoliation yang terlalu kerap. Cuaca yang terlalu lembap atau terlalu kering juga boleh menjadi penyebab.

Selain itu, faktor dalaman seperti tekanan (stress), penggunaan ubat steroid, dan penyakit tertentu seperti diabetes juga boleh mengubah keseimbangan pH kulit. Perubahan pH ini akan melemahkan “acid mantle” iaitu lapisan asid semula jadi kulit yang berfungsi sebagai perisai daripada bakteria dan kulat.

RINGKASAN

Kulit kita ada lapisan luar yang namanya skin barrier. Ia macam dinding kuat yang dibuat daripada bata kecil (sel kulit) dan simen (lemak) yang lekatkan bata-bata itu. Dinding ni tolong halang benda buruk macam kuman dan kotoran masuk, dan juga simpan air dalam kulit supaya kulit tak kering.

Kalau dinding ni rosak atau lemah, air akan keluar dan kulit jadi kering dan mudah sakit.

Benda macam terlalu banyak cahaya matahari, udara kotor, sabun kuat, atau gosok kulit terlalu kerap boleh rosakkan dinding ni. Kalau kita penat sangat atau sakit, dinding ni pun boleh jadi lemah juga.

Tanda-Tanda Skin Barrier Rosak

Kerosakan pada skin barrier biasanya jelas kelihatan. Kulit akan menjadi kering, bersisik, gatal, atau mudah meradang. Ada juga yang mengalami tompokan kasar atau perubahan warna kulit. Dalam kes tertentu, jerawat muncul lebih kerap dan kulit menjadi sangat sensitif terhadap produk penjagaan wajah.

Jika keadaan ini berterusan, risiko jangkitan kulit seperti bakteria, kulat, atau virus akan meningkat kerana pertahanan semula jadi kulit telah lemah.

Cara Pulihkan Skin Barrier Rosak

1. Ringkaskan rutin penjagaan kulit

Terlalu banyak produk dalam rutin harian boleh membebankan kulit dan mengganggu keseimbangan semula jadi. Fokuskan kepada tiga asas: pembersih lembut, pelembap, dan pelindung matahari. Kajian mendapati bahawa penggunaan produk berlebihan atau pembersihan terlalu kerap boleh meningkatkan kehilangan air melalui kulit (TEWL – transepidermal water loss) sehingga 30%, yang seterusnya melemahkan fungsi skin barrier.

2. Pilih pH produk yang sesuai

Kulit sihat biasanya mempunyai pH 4.0–5.8. Menggunakan pencuci dengan pH yang terlalu tinggi (alkali) boleh mengganggu lapisan acid mantle, menjadikan kulit lebih mudah kering dan sensitif. Kajian menunjukkan pembersih dengan pH 4.0–5.0 membantu mengekalkan keseimbangan kulit, mengurangkan iritasi, dan mengelakkan kehilangan kelembapan berlebihan.

3. Gunakan minyak tumbuhan

Minyak seperti jojoba, kelapa, almond, argan, dan sunflower mampu mengunci kelembapan dan memberi khasiat kepada kulit. Kajian mendapati minyak tumbuhan mengandungi asid lemak yang menguatkan lapisan lipid kulit, mengurangkan keradangan, dan melindungi kulit daripada kerosakan oksidatif. 

 Kajian menunjukkan bahawa ia membantu mengurangkan kehilangan air daripada kulit dan dapat meningkatkan fungsi skin barrier. Ia juga didapati bermanfaat dalam mengurangkan rasa gatal serta berpotensi mengurangkan keperluan penggunaan steroid topikal dalam keadaan seperti dermatitis atopik.  

4. Pilih produk dengan ceramides

Ceramides adalah lipid semula jadi dalam kulit yang bertindak sebagai pengikat antara sel. Kajian mendapati penggunaan produk yang mengandungi pseudo-ceramides mengurangkan kekeringan, gatal, dan pengelupasan pada pesakit dengan atopic dermatitis dalam tempoh 4 minggu. Ia juga meningkatkan ketumpatan lipid di stratum corneum, sekali gus menguatkan fungsi skin barrier.

5. Gunakan humektan dan occlusive

Humektan seperti hyaluronic acid, glycerin, urea, dan madu menarik kelembapan ke dalam kulit, manakala occlusive seperti petrolatum menghalang kehilangan air. Menurut satu kajian, petrolatum mampu menghalang sehingga 99% kehilangan air daripada permukaan kulit, menjadikannya salah satu bahan paling berkesan untuk mengembalikan kelembapan.

6. Guna Niacinamide untuk menyokong skin barrier

Niacinamide, atau vitamin B3, telah terbukti membantu penghasilan ceramides dan asid lemak yang penting untuk lapisan terluar kulit. Ini membantu menguatkan struktur skin barrier, mengurangkan kehilangan air, dan meningkatkan keanjalan kulit. Produk seperti NANOSKINZ Niacinamide Serum juga diformulasikan untuk menghidrat kulit sambil menguatkan fungsi perlindungan kulit.

Sokongan Nutrisi untuk Pemulihan

1. Omega-3

Ya, asid lemak omega-3 boleh membantu dalam fungsi skin barrier. Ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan penghalang kelembapan semula jadi kulit, mengurangkan kehilangan air, dan melindungi daripada perengsa persekitaran. Ini boleh membawa kepada peningkatan penghidratan, pengurangan keradangan, serta pskin barrier yang lebih kuat dan tahan lasak.

2. Probiotik

Penggunaan probiotik dalam merawat penyakit radang dan berjangkit pada pelbagai sistem organ semakin mendapat perhatian, termasuk dalam bidang dermatologi. Ia berpotensi memainkan peranan dalam rawatan jerawat. Peranan probiotik dalam rawatan mungkin sebahagiannya disebabkan oleh kesannya terhadap skin barrier.

Kesan probiotik terhadap skin barrier mungkin berkaitan dengan pengaruhnya terhadap pengawalan sistem imun dan penghasilan protein.

3. Evening Primrose Oil

Manfaat Evening Primrose Oil (EPO) dipercayai mungkin disebabkan oleh pengaruh Asid Gamma-linolenik (GLA) dan metabolitnya terhadap mekanisme pengawalseliaan fungsi penghalang kulit.

Apakah fungsi GLA?

Orang menggunakan Asid Gamma-linolenik (GLA) untuk merawat ekzema, asma, artritis, tekanan darah tinggi, sakit saraf berkaitan diabetes, dan pelbagai keadaan lain, namun tiada bukti saintifik kukuh yang menyokong kebanyakan kegunaan ini. Jangan kelirukan GLA dengan minyak biji blackcurrant, borage, atau evening primrose. Biji tumbuhan ini mengandungi GLA tetapi tidak sama.

Macam Mana Kalau Salah Diagnosis?

Tidak semua masalah kulit sensitif atau meradang berpunca daripada kerosakan skin barrier. Keadaan seperti rosacea, ekzema, psoriasis, dan dermatitis kontak mempunyai simptom yang hampir sama. Ini sebabnya, seperti soalan “Bolehkah pembawa talasemia diubati” yang memerlukan pemeriksaan perubatan, diagnosis tepat untuk masalah kulit juga memerlukan penilaian daripada pakar dermatologi.

Kesimpulan

Skin barrier adalah benteng utama kulit yang melindungi daripada pencemaran, radikal bebas, dan kehilangan kelembapan. Bila ia rosak, tanda-tanda seperti kulit kering, gatal, atau sensitif akan muncul. Walaupun proses pemulihan boleh mengambil masa sehingga enam bulan, cara pulihkan skin barrier rosak tetap berkesan jika dilakukan dengan konsisten dan betul.

Pemulihan memerlukan gabungan penjagaan kulit yang lembut, pemakanan seimbang, dan perlindungan daripada faktor persekitaran yang menyebabkan skin barrier rosak. Memilih skincare untuk memperbaiki skin barrier yang sesuai dan menggunakannya secara berterusan adalah kunci untuk mendapatkan kulit yang sihat dan kuat semula.